Monday, 25 September 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama (Kembar darah)

Pengalaman Bersalin Kembar Darah :
NUR ZAFIRAH HASHINAH

Sekadar coretan pengalaman bersalin anak pertama. Perkongsian ini mungkin sangat panjang. Firah dah 6 bulan,  baru ada kesempatan nak update skg ni..

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang puteri pada
24 March 2017 bersamaan 25 Jamadilakhir 1438H jam 8.12 pagi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Tepat pada tarikh EDD.

Kronologinya:-

22/3/2017 (Rabu)
10.00 pagi
๐ŸŒธAku ada checkup seperti biasa di Klinik layang - layang. Masa checkup semua ok dan jumpa doktor ,doktor buat surat tambah tempoh lg seminggu sekiranya aku tak bersalin sebelum due. Due aku 24/3/2017..Tempoh yg diberi sehingga 30/3/2017.. Balik dari klinik, tetiba rasa lain dan aku check tgk ada show.. keluar darah + lendir. Masa ni belum sakit lagi.. Akhirnya keluar juga tanda nak bersalin. Nampaknya tak sampai la 30/3/2017 mesti aku dah bersalin..

23/3/2017 (Khamis)
1.00 pagi
๐ŸŒธAku dah mula rasa sakit senggugut, tapi tak kuat. Malam tu suami pun call abg ngah mintak tolong hantar pegi hospital kluang. Sampai sana, check masih belum ada bukaan. Kena halau balik walaupun siang tu dah ade tanda keluar darah.

๐ŸŒธ6.00 ptg
Kebetulan ptg tu abah dan mama dtg melawat aku sebab aku dah start sakit kan. Masa ni contraction 15 minit sekali dan mmg menyerang pinggang. Mama ajak pegi hospital, aku ikot je. Suami pn ikot sekali. Sampai hospital kluang, check bukaan baru 1cm. Doktor suruh balik dulu.


๐ŸŒธ8.00 mlm
Aku dah mula rasa sakit makin kuat dan makin kerap. Aku rekod contraction setiap kali contraction dtg sehingga jam 11.30 mlm.. Sepanjang 3 jam tu, contraction aku dah regular 5 minit sekali. Tiap 5 minit, 5 minit aku sakit sgt sampai aku dah tak senang duduk dah.

24/3/2017 (Jumaat)
๐ŸŒธ12.00 mlm
Suami aku call abg ngah mintak tolong hantar pegi hospital kulai pulak. Tak nak pegi hospital kluang lg takut kena halau balik. Sampai hospital kulai, terus aku di tolak ke dewan bersalin. Doktor check baru 2cm kat bilik saringan utk check jantung baby dan aku kena tahan wad. 1 jam jgk la aku kat bilik saringan buat CTG jantung baby..Masa ni contraction menyerang, paling sakit di bahagian pinggang. Masuk wad, aku tgk semuanya org dh lepas bersalin. Aku sorang je pesakit membawa perut. Malam tu memang takde org yg nak bersalin kt hospital kulai, aku sorang je.. haha

๐ŸŒธ4.00 pagi
Doktor check bukaan dah 4cm, aku masa ni dah terlampau sakit sgt mcm nak putus pinggang setiap kali contraction menyerang. Aku kena seluk sampai 5 kali dgn besi mulut itik tu (tak tau apa nama dia) sebab aku mengalami bleeding yg berterusan. Doktor nk tgk sama ada yg keluar tu show atau fresh blood sbb tu kena seluk.. Punya la sakit kena seluk dgn benda tu sampai meraung aku.. Suara aku je dah menjerit tu satu wad boleh dengar. Dah tu contraction pulak makin menggila kuatnya, paling tak boleh tahan kat pinggang la.. aku merayu nak ubat tahan sakit tapi doktor x boleh bagi katanya nanti aku ngantok. Aku mintak nak ceaser operation (sebab dah tertanggung sakitnya masa ni, ceaser pun sanggup) tp doktor cakap tak boleh sebab bilik OT takde kt hospital kulai. Doktor sendiri tak pasti bleeding kenapa dan hospital kulai takde doktor pakar. Doktor mintak aku bertahan je dengan teknik pernafasan yg diajar setiap kali contraction dtg. Bila contraction menyerang, teknik pernafasan tu jela mampu aku buat..mmg dah takde cara lain..Disebabkan kes aku, doktor tak boleh nk uruskan, aku di transfer ke hospital sultanah aminah, Johor Bahru. Masa ni abg ngah dah balik dgn suami, sebab jangka mungkin aku bersalin firah tghari nanti. Tapi tak sangka aku kena transfer HSA. Nurse call suami bgtau aku kena pegi HSA, dan mintak suami dtg hospital kulai bawak brg2 beg aku semua yg dah ditinggalkan kat wad hospital kulai utk di bawa ke HSA. Suami masa ni baru sampai rumah, terus gerak patah balik. Suami call abah bgtau aku kena hantar HSA. Jadi suami gerak sekali dgn abah dan mama ke HSA.

๐ŸŒธ5.50 pagi
Aku di tolak dgn katil naik ambulans. Tak mampu dah nk jalan.. Ambulans bukan main laju masa tu dgn siren dia tu kan. Nasib baik pagi buta tu jalan tak jem. Sepanjang dalam ambulans tu, aku rasa firah mcm dah nak keluar je..tak tau la masa ni dah berapa cm..Entah berapa kali masa kt dlm ambulans tu aku rasa nk teran tp di tahan oleh doktor dan nurse. Setiap kali contraction dtg, aku rasa nk teran tp doktor dan nurse mintak aku bertahan. contraction masa ni mmg aku terasa sgt2 nak putus pinggang dah. Allah je yg tau sakitnya mcm mana. separuh nyawa menahan sakit contraction. Segala doa mampu baca dalam hati je..


๐ŸŒธ6.30 pagi
Sampai HSA, aku terus di tolak ke labour room. Suami, abah dan mama tak sampai lg..Kat labour room tu aku dah makin sakit sampai aku terasa contraction tanpa henti menyerang. Allahu gegar dah katil tu sampai aku guling kiri kanan menahan sakit. Doktor kt labour room tu ada dalam 5 org uruskan kes aku. Masing2 ada tugas buat itu dan ini dgn nurse lg. Nurse bg aku sedut gas etanoks (betul ke ejaan tu) tp tak berkurang sakitnya cuma aku rasa khayal dan pening2 je. Masa ni doktor check bukaan baru 7cm. Aduh aku tak boleh tahan dah masa ni. Aku dah penat dan kehausan teramat sgt. Semalaman bertarung nyawa menahan sakit. Firah pulak makin lama terasa makin nak keluar tapi doktor tak bg teran lg sebab belum bukaan penuh. Atas arahan doktor, nurse diminta beri aku air.. dapat la minum. Lega..nurse pegang ok cawan tu dan bg strow..aku tinggal sedut je..aku dh gigil2 mmg x bleh nk pegang ape dah. Aku tanya nurse, lama lagi ke nk bukak 10cm, saya dah tak tahan ni.. Nurse jawab, awak melahirkan yg sulung, sekurang2 nya ambil masa 6 jam lg utk bukaan penuh. Dengar jawapan mcm tu, aku tak mampu nak kata apa dah.. terpaksa bertahan jgk.

๐ŸŒธ8.00 pagi
Aku dah semakin menggila kt dalam labour room bilik 9 tu..hahaha.. aku mengerang dah mcm apa dah sebab firah dah nk keluar sgt2 tapi aku kena kepit kaki, kena tahan dan lawan tak bg firah keluar. Dengan sakit pinggangnya lagi mcm nak putus..mmg azab sungguh masa tu.. Doktor dtg check dah 10cm, doktor cakap aku dah boleh teran. Tak sampai 6 jam pun mcm nurse tu kata.. ambil masa 1 jam setengah je dari 7cm nak ke 10cm.  Contraction dtg je, aku teran sepenuh tenaga beberapa kali. Doktor gunting sikit, kepala baby dah nampak, ramai2 bagi aku semangat 1,2,3 push... 1,2,3 push... dah mcm pasukan sorak pulak..pd masa yg sama aku dgr doktor ckp bacaan jantung baby dah tak cantik jd doktor terpaksa vakum.. sambil teran, sambil doktor vakum kepala baby.. Alhamdulillah, keluar je firah terus diletakkan kat atas perut aku dgn firah masih berdarah. Segala kesakitan menggila yg aku rasa tu hilang sekelip mata. Nurse tanya jantina baby, aku jwb perempuan. Lepas tu nurse bwk firah utk dibersihkan. Seterusnya doktor keluarkan uri, dpt la aku tgk uri aku tu..cantik, x pecah.. Sesi menjahit pulak.. jahit yg kt bahagian dalam terasa lama. Jahitan ni doktor bius sbb aku tak rasa sakit.. Jahitan bahagian luar kt kulit tu tak dibius ok.. mmg rasa jarum tu cucuk kt kulit, aku dah mengerang sakit tp x kuat la, nurse bg gas etanoks, aku sedut gas ni dan mmg membantu hilangkan sakit sbb aku jd pening2 khayal gitu..mcm melayang fikiran..hahaha..

๐ŸŒธ8.40 pagi
Suami dtg masuk labour room, abah dgn mama ade kt luar menunggu..lepas bersalin, 2 jam lebih aku kt dalam labour room sambil BF firah dgn tangan aku gigil2 tu...satu badan menggigil..bkn gigil sebab sakit ke sejuk.. x tau nape, mgkin sebab keletihan kot. Sambil tu berbual2 dgn suami dan suami azan dan iqamat di telinga firah.

๐ŸŒธ11.00 pagi
Aku di tolak ke wad timur 3, alhamdulillah byk katil kosong utk area yg dah bersalin. takde la serabut sgt kan.. kiri kanan aku kosong..jarak 2,3 katil baru ade pesakit lain.. selesa la sebab tak ramai. takde la terasa sempit. Katil utk area ibu2 yg menunggu nk ke labour room tu mmg penuh, berserabut aku tgk..hahaha..
berkampung 2 hari jgk la kt wad.. nasib baik esok nye 25/3/2017 dapat balik. Aku mmg cepat2 nak keluar hospital, x nak la duduk wad lama2..Nurse tanya baby dah berak kencing, aku jawab dah..masa dpt discharge tu, kena masuk satu bilik ni nk kena seluk lg check apa x tau la.. so doktor ckp ok, aku bleh balik.. Alhamdulillah... selamat semuanya..sebelum keluar wad tu, aku dpt la free gift.. kebanyakannya pampers baby new born..ada la 3 jenama..tp aku guna drypers je.. yg ni sesuai dgn firah..

25/3/2017 (Sabtu)
๐ŸŒธBoleh keluar hospital dan bermulalah sesi berpantang pula..Terima kasih pd yg sudi baca pengalaman aku bersalin sulung ni dari awal hingga ke penghujungnya.. ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜˜


Serik ke nak beranak lg?? jawapan aku masa tgh dalam pantang ni "YES" ๐Ÿ˜‚

Terima kasih byk kpd doktor dan nurse hospital kulai, juga kpd doktor2 dan nurse Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yg cuba sehabis baik utk sy melahirkan Zafirah dgn selamat serta sabar melayan kerenah ragam sy sepanjang kt dalam labour room.. ๐Ÿ˜„

#hospitalTemenggungSeriMaharajaTunIbrahim
#hospitalSultanahAminah