Saturday, 24 September 2016

Resepi Sayur Kacang Simple

Assalamualaikum...hai lame x update blog.. kali ni ade something yg sy nk kongsikan.. terus story la ye..x yah mukadimah sgt..huhuhu..
Tengahari td, sy masak lauk simple je yg senang2.. sayur kacang panjang dgn fishcake dan fishball pastu ikan cencaru goreng..

Selalu citer pasal kawin..pasal pregnant...kali ni sy nk kongsi resepi mudah masak sayur kacang ni.. sgt sedap di makan bersama nasi panas2..

RESEPI SAYUR KACANG SIMPLE
Bahan - bahan
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 kepingan fishcake (nak byk atau sikit pn boleh)
Sebungkus fishball ( nak byk atau sikit pn boleh)
Beberapa batang kacang panjang (potong serong)
Sedikit serbuk kunyit
2 batang cili merah / cili hidup ( di potong serong nipis2)
Garam dan ajinomoto

Cara - caranya
1)Panaskan sedikit minyak untuk tumis bawang merah dan bawang putih yg telah di potong nipis.

2) Setelah bawang agak kekuningan, masukkan sedikit air dan sedikit serbuk kunyit. Kacau sebentar bg serbuk kunyit sekata dgn air td lalu terus masukkan fishcake dan fishball, kacau sehingga agak2 masak lah.

Fishcake boleh bahagi dua atau tiga dan potong kecil2 atau ikut kesukaan anda. Fishball sebiji belah empat.

3) Masukkan pula sayur kacang panjang dan cili merah. Sayur kacang dan cili merah di potong serong. Kacau sebentar lalu masukkan sedikit garam dan ajinomoto. Sesuaikan rasa dan kacau hingga masak. Jangan terlalu masak nanti kacang dah tak rangup.. agak2 dah masak, tutup api.. sedia dihidangkan bersama nasi panas2.

Sangat mudah dan simple resepi ni.. kalau nk tambah ayam pun boleh.. ok..selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment