Monday 13 February 2017

Jus Kurma Ajwa dan Buah Delima Naikkan Hb Aku Semasa Mengandung 8 Bulan


Salam buat bakal - bakal ibu semua.. hari ni nak cerita kisah Hb low. Aku pun turut alami masalah hb low ni sejak kandungan mencapai usia 5 bulan. Semasa awal kehamilan, hb cantik dan alhamdulillah semua bacaan 11.0 ke atas. Paling tinggi bacaan hb pernah aku capai 12.0 tu pun sebab makan pil vitamin iberet folic yg warna pink pekat tu. Semakin kandungan membesar, hb aku semakin drop sbb baby pn kongsi darah dgn mama dia kan..hehe..mama nye pn x cukup darah. Stress jugak fikir mcm mana nak naikkan hb di paras normal.

Ni rekod bacaan Hb aku dari awal kehamilan hingga kini 34 minggu.

🌸Rekod bacaan HB🌸

31/7/16
HB 11.8 (1 bln 2 minggu)
28/8/16
HB 12.0 (2 bln 2 minggu)
25/9/16
HB 11.0 (3 bln 2 minggu)
23/10/16
HB 11.3 (4 bln 2 minggu)
30/11/16
HB 10.5 (5 bln 2 minggu)
4/12/16
HB 11.0 (6 bln )
2/1/17
HB 9.6 (7 bln )
7/1/17
HB 10.0 (7 bln 2 minggu)
30/1/17
HB 9.5 (8 bln )
12/2/17
HB 10.5 (8 bln 2 minggu)


Untuk pengetahuan bakal - bakal ibu semua, aku x boleh nak telan pil vitamin tu lagi sebab kesan lepas aku makan segala pil ni, aku akan muntah. So aku stop iberet folic dan try obimin..tp muntah juga. Pil yg klinik kerajaan bagi tu pun sama yg warna coklat tu pun aku x boleh telan. comfirm muntah. Dah la kerja, pastu nak hadap muntah, siksa jugak tu. Aku cuba cari alternatif lain untuk naikkan hb selain guna pil2 vitamin ni kan..cari punya cari dan terjumpa la produk susu kambing khalish tu. Korang pernah minum x? ok rasa dia boleh tahan sedap. Terdapat perisa asli dan perisa koko. Aku cuba dua2 dan memang boleh minum tapi lagi suka koko. hehehe.. Untuk permulaan tu aku beli 2 kotak susu kambing khalish perisa koko dan sekotak perisa asli. Aku amalkan setiap hari selama 3 minggu, sehari tu minum 2x lah..pagi dan malam sehingga hari checkup tiba. Setibanya hari checkup, seperti biasa rutin yg perlu dilakukan check perut, timbang berat, kena kencing dan paling merisaukan kena ambik darah cucuk kat hujung jari je nak tengok bacaan hb. Time ni memang aku nerves sebab berharap hb naik. Sekali keluar bacaan tu kan, punyalah kecewa!!! makin turun hb aku..aku siap ckp dalam hati, susu ni tak berkesan pun.. bohonglah susu ni. Sebab aku ckp susu ni tak berkesan, owner yg jual tu cakap boleh naikkan hb siap wasap kat aku testimoni pengguna yg hb dorang naik mendadak bagai. Aku pun percayalah tapi bila hasil kat aku hb makin low, mau tak menyirap...perghhh!! tadah je telinga kena bebel dan nasihat dgn nurse. Memanjang kat buku pink aku tu bacaan hb tulis dgn pen merah.. Mase ni aku dah give up dgn susu kambing ni, tak nak berharap dah. So balance susu kambing yg ade tu aku habiskan je sebab dah tak banyak pun dan memang tak akan beli lagi susu ni.


Aku sedia maklum makanan yg boleh naikkan hb ni mcm kerang, bayam, hati ayam tu semua aku tau tapi tak lalu lah kalau hari2 nak makan benda ni kan.. ko boleh??? hahahaha..Jadi macam biasa aku cuba cari cara lagi dan ada jugak cari kat facebook..macam2 produk orang jual. Dalam tempoh pencarian tu, aku jumpa produk yg boleh naikkan hb iaitu Jus Kurma Ajwa. Aku memang tau kurma boleh naikkan hb sebab kurma kaya dengan zat besi tapi ni bukan bulan puasa dah tentu payah nak dapat. So ada jus kurma ni pun dah kira ok lah.. janji kurma kan. Untuk permulaan aku beli 6 botol jus kurma ajwa ni. Beli secara online sebab kat kedai2 takde jual dan payah nak dapat. Sebotol Rm20, aku beli 6 botol Rm100, kira dapat free lagi satu botol dan free postage. 2 minggu sebelum checkup aku amalkan setiap hari, 2 sudu pagi dan 2 sudu malam. Sehari sebelum checkup tu aku minum sebotol jus kurma ajwa dan buah delima beli last minit, aku makan sebiji buah delima sehari sebelum checkup. Alhamdulillah masa checkup hb aku naik banyak walaupun still kena pen merah. Tapi yg penting naik dari 9.5 ke 10.5...insyaAllah next checkup akan datang naik 11.5 pulak..hehehe..harap2 la kan. Terbukti la jus kurma tu membantu dan buah delima makan last minit tu pun aku rasa membantu jugak sebab buah delima pun tinggi zat besi. Memang bagus untuk ibu ibu yg ada masalah hb low ni. Korang boleh amalkan makan kurma, kalau takde buah kurma, minum jus kurma ajwa ni dengan makan buah delima.

Esok nak mintak en.suami belikan buah delima 4 biji stock untuk seminggu..jus kurma ni pun nak order lagi lah. Ni je cara terbaik yg aku dapat untuk diri sendiri nak naikkan hb. Jadi korang yg ada masalah hb low ni boleh cuba cara aku buat sekarang. Jus Kurma Ajwa + Buah Delima 👍👍

Terima kasih luangkan masa baca kisah hb low aku ni dan sekarang kandungan aku dah 8 bulan lebih.. 34 minggu 5 hari..tak lama je lagi baby nak keluar dah. Semoga mama dan baby sihat.

No comments:

Post a Comment