Tuesday 2 February 2016

Borong Air Kotak Murah Kat Mana??

Hai!! Semua..kali ni aku nk story pasal doorgift air kotak pulak. Hehe.. AWAS OKEY CERITA NI PANJANG! Harap korang larat la nk baca smpai habis.. Sebenarnye aku x nk beli lg..plan sebulan sebelum majlis kawin, baru aku nk beli. Pastu tah mcm mana adik aku yg keje kt econsave tu bwk balik kertas risalah harga runtuh!! Huhu.. Aku tgk harga air kotak tu giler murah! Rm10.88 je sekotak yg ada 24 pcs tu. Giler ko x nk beli time harga less giler2 tu..byk aku dpt jimat beli time promosi raya cina ni tau.

Besok tu aku terjah econsave kulai.. plan nk beli brand Marigold tp dh sold out utk hari pertama promosi!! Kecewa la jgk kan..Fuhhh dasyat x 1st day dh sold out? Hahaha.. So aku beli brand Drinho..beli campur2 pelbagai perisa..kt situ ada limit boleh beli 6 cartoon je utk satu family. Aku nk 42 cartoon ok!!! So camne?? Ok plan aku time tu jgk, kitorang amik sorang satu troli..Mase tu bertiga..aku, mak aku dan adik aku. Jadinya 3 troli la..memasing buat x kenal, takut cina yg jaga tu x bg ambik kalau dia tau kitorang ni family..hahaha..yg ni lawak.. 😝

Ok untuk hari pertama tu aku dpt beli 18 cartoon air kotak Drinho pelbagai perisa. Esok nye aku beli lg 24 cartoon tp kali ni aku pegi econsave senai. Aku pegi dua kali round ok..mak dgn adik aku sekali je. Dorang tggu aku kt kedai mkn sementara aku pegi sekali lg untuk dpt kan lg 6 cartoon. Pegi kali kedua ni, aku ternampak air kotak Marigold, kebetulan ternampak tp dh tinggal sikit dlm 15 cartoon kot. Aku cepat2 ambik 6 cartoon. Jadilah dpt jgk Marigold kan..selain tu yg aku dh beli semua Drinho..hehe.

Nak bgtau kt Cowboy aku servey Marigold Rm16.90 sekotak. Drinho Rm14.30 sekotak. Cowboy ni kira murah sbb dia jual harga borong..nak beli pun xde limit. Suka hati ko la nk beli 1 lori pn..haha.. Memang aku bercadang nk beli kt cowboy tp sebulan sbelum majlis sbb air kotak ni sentiasa ada stock.. Tp rezeki aku agaknya dpt beli kt econsave sbb tgh less sempena chinese new year ni kan..air kotak Marigold tu Rm11.28 sekotak dari harga asal Rm18.90 dan Drinho Rm10.88 sekotak dari harga asal Rm18.90.. Promosi giler2 murah ni dari 31 Jan 2016 hingga 9 Feb 2016. Alhamdulillah byk duit aku jimat kt air kotak ni..kekeke..✌

Ikut harga asal (Drinho/Marigold sama harga ok)
Rm18.90 x 42 cartoon = Rm793.80

Ikut harga promosi (Drinho)
Rm10.88 x 36 cartoon = Rm391.68

Ikut harga promosi (Marigold)
Rm11.28 x 6 cartoon = Rm67.68

Jumlah (Drinho) + (Marigold)
Rm391.68 + Rm67.68 = Rm459.36

Harga asal   Harga promosi
Rm793.80   -   Rm459.36   = Rm334.44

Aku dpt jimat duit air kotak Rm334.44
Byk tu..boleh aku guna untuk perkara lain..Tak rugi pn beli awal tp kena tggu timing mcm ni lah..haha..Expire pn lmbat lg..ada yg next year 2017..ada hujung tahun ni..paling awal pn bln 10 tahun ni..

Ok tu je aku nk share.. setakat ni story aku pasal air kotak untuk doorgift wedding.

Terima kasih sudi baca karangan aku.. 😘😄

9 comments:

  1. Alhamdulillah
    Auntie cari juga website untuk tanya kat mana nak beli, so cari kat econ save lah yer, acik nak 200 kota jer jadinya beli 9 kotak her.

    Syukur adik siap bagi beberapa cadangan. Semoga Allah membalas pahala kepada adik yang bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..sy berkongsi pengalaman serba sedikit mungkin boleh membantu.. semoga auntie dpt harga yg berpatutan semasa borong air kotak tu nanti..

      Delete
  2. Replies
    1. Maksud awk contact sape ye? Kalau nk beli air kotak cmni , boleh try tgk kt econsave atau cowboy.. Tgk kt manemane tmpat yg ade buat sale murah2..hihi

      Delete
  3. Air kotak tu boleh disimpan diluar tak..sebab saya pun ade beli Air kotak utk wedding jgk..beli bulan ni nak pakai bulan jan tahun jawapan..agak2 basi tak Air kotak tu letak ikut suhu umah..?😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. x basi pn selagi tak sampai expired date..yg jual kt mall and pasaraya, diorang pn letak kt luar suhu biasa.. elok je. boleh tahan lama.. yg penting keadaan air kotak tu belum terbukak..expired date masih jauh

      Delete
  4. Mana boleh dapat kilang ni,dan boleh gua dapat jadi pemborong dia

    ReplyDelete